Followers

Friday, November 11, 2011

fasha sandha.. AWESOME !



WAA SALUTE LU LAH FASHA !

credit : klik here

Thursday, November 10, 2011

video 'BERANI' mathlufthi ...



to me..video nie agak BERANI yg matlufhti ( hentam jelah eje name die) buat..


p/s : setelah sekian lama x mengupdated blog..now..im back. : )

Wednesday, August 3, 2011

eksperimen dalam hubungan


apakah perasaan bila ada orang cakap dekat kau "i'm just experimenting with you"atau "aku saje je nak test2 dengan kau"

adakah kau patut rasa diri sendiri macam tikus makmal yang dibuat mangsa eksperimen?

atau patut rasa berbangga sebab menyumbang kepada eksperimen seseorang?






dalam dunia ni ada orang yang jadi pengeksperimen, ada yang jadi bahan eksperimen. mungkin ada yang pernah rasa jadi dua-dua..
macam mana pulak kalau orang tu bereksperimen dengan satu hubungan. contohnya, Katherine Anne bercouple dengan Fadil, suatu hari ketika mereka makan-makan di gerai cendol depan pasar ikan kat seksyen 1, Fadil meluahkan perasaan yang terpendam "mamak, cendol pulut satu, kacang taruk lebeyy...!".

selesai membaham cendol pulut itu, Fadil mahu meluahkan perasaan yang terpendam yang kedua pulak "katherine anne carlson, dah dua tahun kita couple kan, i just nak cakap, i sebenarnye saje nak try couple dengan you, sebab i just nak tau rasabercouple dengan watak drama nur kasih....you tak marah kan...?"

kalau korang jadi katherine anne carlson masa tu, apa yang korang buat?

tikam perut Fadil dengan parang ke? (ingat, tindakan ini merbahaya sebab nanti ada aaron aziz balas dendam)

atau simbah muka Fadil dengan cendol pulut? (sumpah cool tindakan ini, tak ada orang pernah buat)

atau korang ada idea sendiri....?



p\s:a few months menyepi now im back ! hahah ~busy stdy membuatkn terlupa psl blog ~

Thursday, June 23, 2011

ini bukan instruction untuk belagak dalam FB !

aku bukan nak ajar korang cara-cara berlagak kat sini, jangan anggap ni "buku manual berlagak di fb" okeh...! aku tulis ni sebab aku harap kita sama-sama bleh jauhkan diri.  ececeh . tetibe je jadik baik since tangan ku disengat tebuan , haha




berlagak dalam sopan



Datin Maimunah Alhambari "akak mintak maap la banyak-banyak kat sape-sape yang akak terblock tadi, akak parking BMW 7 series akak tu ingatkan skejap je, tapi jadi lama plak sebab cari kad kredit platinum yang terjatuh dalam opis akak tadi, mintak maap ye korang....~"

>>jadi kaya tu tak memberikan kau hak untuk berlagak tau<<


berlagak dalam doa

Tayip bin Kulup "esok interview, tolong doakan aku ye kawan-kawan, untuk interview keje aku kat FERRARI. kalau dapat keje nanti aku belanje korang ferrero roscher sorang sebijik... amiiinnn.."

aku rase nak doakan dia dapat keje kat kilang ferrero rocher je, boleh belanje ferrero rocher sekotak terus.


berlagak + kutuk orang kat komen gambar atau status update

ini pembelagak yang aku paling menyampah, dah la menyemak je dengan komen bodo diaorang, sempat lagi nak promote diri sendiri.

Wa Rempit Sejati Sampai Wa Mati Eksiden "hek eleh brader, setakat pakai iphone 3g wa tak heran la, wa skrg pakai iphone 5. lu cuba la try lawan iphone wa ni...."

err, bro. you can try the new iPhone when you're in heaven. if you could get in it.













[ insert title here ]






lagi aku mahu tulis muzik, lagi aku tak reti. sedangkan alat muzik bernama "kastenet" peringkat darjah satu pun aku tak reti. entah, kenapa kalau aku ingat kastenet je aku trus ingat biru dan merah.


aku mahu tulis lagu, tapi tidak reti. jadi ini sajalah yang termampu.





aku mahu kata,

kau boleh jadi tujuan satu pengembaraan yang panjang.

kau boleh juga jadi sentuhan terakhir fesyen dan tatasusila,

kediaman dalam ketika yang tidak bergerak,

perisai yang melindungi rasa aku bila teruja,

pendakian, stimulus dan pecutan aku.


aku cuma kata dengan mudah,

yang kau adalah ultrabesar untuk aku,

dan hanya nak pastikan yang kau dapat rasa aku tak,

ya, kau dapat rasa aku.


aku mahu kata,

kau adalah Chill-Out Area ku,

kau adalah hari-hari cutiku setiap tahun,

kau adalah bahagian gula-gula di dalam supermarket,

kau adalah jawapan yang dicari-cari,

sangat tak ternilai sampai pasti aku akan pertahankan,

dan kau sangat cantik,

cantik yang mustahil ditinggalkan.





oh, baiklah, aku tahulah aku tidak berbakat, janganlah serang aku bertubi-tubian. dush!


kalian barangkali kata aku mampu buat lagi baik, dush! dush! aku dah kata ni je yang termampu buat saat ketika ini.sudah2 . tangan ini tak mampu lagi menaip akibat daripada disengat tebuan semalam . 


 p \ s :  bibik-bibik cinta bermula . hehe




Saturday, June 18, 2011

dilema setiap pasangan


lelaki yang dah kawen atau para boyfriend selalu kena tujah dengan benda ni.

anniversary

bagi mereka yang suka versi bahasa kebangsaan, orang panggil ni "hari ulang tahun".

dan para wanita suka mengingatkan lelaki mereka, "jangan lupa anniversary kita tau yang, kalau u lupa, i terjun dari KB mall". nampak, biasanya cara mengingatkan yang digunakan biasanya dicucuk dengan ugutan ganas tahap super saiya.

lelaki tak reply "peringatan" ni, biasanya diam je.... mampu mengeluh dalam hati je. kang mengeluh depan-depan pasangan, macam-macam peringatan tambahan pulak dapat.

"eh, mengeluh pulak, kalau macam ni u kena bawak i makan kek secret recipe, ikea meatballs, nasi lemak antarabangsa masa anniversary kita. kalau u lupa jugak, i post video kat youtube masa i nak terjun KB mall...!!"

ramai akan cakap, ada banyak lagi hari patut diingati selain dari anniversary ni. contoh-contoh adalah seperti berikut:

hari kanser lutut sedunia  * ada ke ?*
hari yang ada earth hour tu
hari yang ada megasale  * nie wajib ingat *
hari maharaja lawak singkirkan amir

tapi aku rasa jawapan aku ni ramai akan setuju. kalau terlupa hari anniversary, aku tak heran la, benda tu bukan benda pelik. tapi adalah sangat pelik kalau ada orang lupa hari raya.
janganlah rasa anniversary tu  penting sangat, hari raya lagi penting weyh....








entri ni ditulis sambil dengar lagu ni kat youtube. serius sedap, dengar sekali rasa nak dengar lagi sejam, lepas dengar sejam, rasa comel macam kucing. even aku xsuke kuncing tahap gaban !










p \ s : enulis bdasarkan kisah benar . hahaha

Monday, June 13, 2011

apa perasaan anda bile ada test mengejut ?


saya sangat2 SUKE sampai melompat-lompat mcm org gila when know ada test mengejut esok . SERONOK sangat .

dear pihak-pihak berkenaan :

len kali . silalh buat mcm tu lagi . dahlah assigment sekali bagi . macam nak buat PHD . 

anyway . i will do my best untuk test esok even preperation pun mcm-mcm 2 je kan . kalau lulus alhamdulillah . kalau tak  . i will KICK u org atasan ( sapa suruh buat test mengejut ).




sengsara mengadap buku .sampai demam -demam (penangan quick test ) . Btw . sedikit lege sebab assigment untuk cuti hari tu da hantar on the date even xlah selengkap mana . wish me luck tomorrow !

Saturday, June 11, 2011

perkataan yang gedik

ini entri kutuk malah berilmu, hahahaha, andaikata tak suka atau gemar atau bahasa facebook-nya "like", boleh melarikan diri...
aku sebagai seorang yang mendakwa diri sendiri patriotik n bakal guru ( AMIN !) nak menulis pasal bahasa jugak la... aku rasa geli la bila dengar orang cakap dengan cara yang diaorang sendiri tak tau erti..kalau cikgu bahasa malaysia bace entri nie..komform A terus bg kat aku -hehe.malangnye die takkn baca-haha

benda ni aku rasa kelakar, sedih pun ada. orang malaysia kita ni kunun-kununnya nak cakap orang putih, nak ikut budaya orang putih, nak pakai krim pencerah sampai jadi putih, warna rambut tak nak plak warna putih....

disebabkan nak sangat cakap bahasa orang putih tapi tak nak belajar betul-betul, jadilah contoh-contoh ayat macam ni:

"weyh, panas la arini, abes kulit aku sunburn. dah tak putih mcm anak kangaroo baru lahir... huu...~"
untuk semua orang tahu, sunburn tu bukan fenomena kulit korang jadi gelap. kadang-kadang kulit tak perlu jadi gelap pun untuk masuk kategori kena sunburn.

sunburn tu bila kulit kena banyak sangat radiasi UV (dari matahari) sampai kulit jadi merah, sakit bila dipegang, cepat penat, dan pening kepala pusing-pusing siap ada bintang berlegar-legar atas kepala.

kalau setakat kulit jadi gelap, panggil je la skin darkening atau sun tanning. ( aku belaja subjek sains oke)!




zaman sekarang orang buat kenduri kawen makin nak grand-grand kan. suka hati korang la, duit korang kan..., aku harap takde perasaan riak dalam hati je la. tapi yang aku rasa paling kesian bila perkataan kenduri tu hilang perlahan-perlahan...

reception vs resepsi
orang melayu zaman sekarang nak pakai perkataan "resepsi", yang dicilok dari perkataan orang putih "reception".

sebenarnya perkataan ni tak salah pun, tapi orang tak paham maksud perkataan resepsi.

resepsi adalah majlis jamuan yang dibuat untuk berterimakasih kepada tetamu yang datang kat majlis nikah kat gereja tu. alaa...yg orang putih cakap " i do " tu la....

tapi dalam konsep majls perkahwinan orang melayu, kenduri kahwin dibuat untuk jumlah yang sangat ramai, sekitar seribu orang. reception orang putih lebih kurang 100 je...
dan nak datang kenduri, tak perlu nak datang majlis nikah pun..
jadi perkataan resepsi tu sesuai untuk siapa-siapa yang hanya menjemput orang-orang yang hadir majlis nikah je. bukan takde kat malaysia macam ni, tapi aku rasa orang melayu tak buat macam ni la...

( aku lambat lagi maw kawen .. )
itik, memerang, platipus, biawak komodo, naga "dragon ball", badak sumbu

"if itik kahwin dengan memerang, jadi la platipus, unless itik kahwin dengan biawak komodo, so jadi naga macam dalam komik dragon ball. lagi better if itik kahwin dengan badak sumbu, aku nak sangat tengok badak sumbu ada sayap boleh terbang...."
ni cubaan untuk cakap english, awal ayat ada la bunyi macam orang putih, lepas tu melayu balik.... haish, tak elok la macam ni. tak salah pun nak cakap bahasa inggeris ke bahasa apa, tapi cuba la cakap penuh-penuh ye...

( aku pun selalu cakap bahasa rojak time MUET . but who care? haha )


haha, perkataan "cilok" rupanya dah masuk kamus dewan bahasa, aku baru tahu...








Friday, June 10, 2011

TANPAMU ..





every night..before sleep..mesti dengar lagu nie..i love it so much.: )

Thursday, June 9, 2011

tidak sebergitu sukar wahai lelaki gatal !

ya, andalah lelaki gatal yang dimaksudkan. anda mahu perhatian dan keperkasaan dalam menarik minat segenap perempuan di dunia ini. ke marilah engkau agar dapatlah aku menurunkan ilmuku yang secubit garam ini.

>>langkah yang paling awal dari segala keawalan, ketahui apa yang digemari kebanyakan perempuan.

jawapan : coklat, aku maksudkan bahan cemilan-cemilan dari buah koko itulah.

>> apa perlu diberi seluruh perempuan .adkah  seketul coklat?

jawapan : oh tidak....itu terlalu mahal dan nampak menjengkelkan bukan. anda (para lelaki gatal) cuma perlu mencipta semburan nyah bau (bukan nyah = mak nyah, tapi deodourant) berperisa coklat dan pastikan baunya sangat coklat.

>>apakah neraka (what the hell) ??

jawapan lebar panjang : bila anda berbau sepertinya coklat, anda akan kelihatan di mata perempuan seperti seorang lelaki tersenyum lebar panjang yang dicipta dari coklat, berjalan seorang diri dengan mata bulat-bulat.



macam ini !






segenap masyarakat perempuan yang berada berdekatan dgn  anda akn menghendakkan anda, bayangkan nafsu perempuan terhadap coklat, begitulah nafsu mereka terhadap anda. bayangkan anda sedang berjalan di jalan Tun Abdul Rahman, tiba-tiba anda dikejar kaum perempuan, diterkam, diterjah, diratah serakus-rakusnya.tanpa sebab yang anda tak ketahui.

^
^
( saya dah start merepek )





CROP

fenomena ini akan membasmi kegiatan ragut beg tangan, kerana yang akan ada hanya kegiatan ragut tangan.




p / s :  dikarang dengan penuh mutu keunggulan talkala otak dalam kondusi yang blur mahu mengarang esei berteraskan FAKTA sebanyak 48 ques bersamaan dgn 9 question.Due date hari isnin nie.tapi haran siapnyee..

tahap tertinggi





berikut merupakan senarai pendek hobi-hobi terbaharu aku sehingga tarikh 09 june 2011 . hihi





=naik dan turun tangga berkali-kali dan berjalan tanpa hala tuju dan matlamat yang jelas di dalam rumah sendiri.


=menatap skrin komputer sambil menganalisa permainan Facebook Restaurant City selama berjam-jam sepertimana mengarang esei dan mencarik jawapan dan fakta yang tepat untuk subjek sejarah-stpm-tamadun dunia sebanyak 48muka surat 


=menonton rancangan Wonderpets versi bahasa Melayu di youtube dan turut menyanyikan lagu-lagu yang terdapat di dalam rancangan itu beriringan bersama Linny, Tuck dan Ming-Ming juga. ~Wonderpets datang membantu.....~(sila sambung wahai pembaca)


=mengganggu hidup adik aku sepanjang cuti sekolah ini , bila hidupnya aman damai dengan hanya menatap desktop dirumah selama lapanpuluhlapansaat .


=menyidai atau menjemur kain setiap hari bagai seorang anak yang baik.kalau rajin lagi pergi ke dapur and memasak . 


=menjerit-jerit seperti orang kurang siuman meminta adik aku kedai untuk mebeli tambah nilai celcom .tapi akhirnya..adik aku but dunno je..





kepada para pembaca yang tidak kenal Wonderpets, gambar di atas memaparkan (dari kiri) Tuck, Linny dan Ming-Ming. maaf kerana itu sahaja gambar untuk kemasukan kali ini, kerana diriku dilanda tahap kemalasan yang melampau-lampau untuk meng-serach di google .







Sunday, June 5, 2011

celebrated rosyam noor birthday..wow !




today..5 june 2011..and genaplah my dady @ rosyam noor , 53 years..yeii !im hepi 4 u papa.. : )
actually..plan..celebrated pagi-pagi..but u know..my papa..handphone sentiasa berdering..NON-STOP..even tengah bercuti,,sabo je lah..

before celebrated , pergi dulu majlis kahwin near my house..mama su punya anak kahwin..selalunye..bab-bab kenduri nie..serius ! aku xsuke sangt pergi..tapi memikirkan..mama su n ayah duan pernah jugaklah take care of my kakak n abg time kecik-kecik dulu..so..dah dikire dieorg a apart of my family jugaklah.. : )




abg zizi yang tinggi macam galah..haiyee !dear abg zizi..selamat pengantin baru..cepat-cepat dapat baby yang comel oke..im waiting..hhaha


HERE WE GO !


balik balik dari wedding abg zizi..terus berlari ke dapur n ambil cake..bapaklah serabut..hahah

setibanya my dad masuk..bergema satu rumah..dgn nyayian yg sumbang-mambang.haha !this time meriah sikit..sebab my kazen pun datang..:)



blueberry cake..last minute punya cake.haha..





masih lagi dalam kondusi yang terkejut..haha





even umur sudah 53 years..but still look young oke..haha





ade kisah yang mencuit hati saat nie..:)


like this picture so much..: )



suasana rumah digegarkan lagi dengan keriuhan mm kazen..haiyee..tintong kepala dibuatnya


after selesai makan.. : )



million tq to along coz make kek batik..even rasonye xsesedap dulu..hahabaru semalam mimpikan kek batik..haha.






ini aku yang punyeeeeeeee !




mana ade aku tipu koranglah..kawan aku yg cakap muka my dad like rosyam noor.haha..aku pn xtahu tang mana rhupe RN nye..







harga kau sorang cuma RM34,10 je derrr..




haha, tu harga seorang manusia la kot. kalau diskaun 20 % sebab megasale, jadi RM 27.28

rajin plak aku tekan kalkulator casio fx-570MS nak cari harga lepas diskaun tu. aku tak lupa jasa kalkulator standard spm ni, blaja kat sini pun guna kalkulator tu jugak.

aku bukan nak letak harga kat manusia atau sape-sape. aku cuma nak cakap, camne aku hargai seorang penulis blog ( orang KL panggil blogger ). ni pasal penulis blog tau, bukan pasal blog dia. kalau ada pasal blog pun, sket2 je...







seorang penulis blog tu berharga bila dia hidup tak bertumpukan kat blog. aku rasa orang yang tumpukan hidup kat blog, tak sempat nak buat benda lain dalam hidup. jadi kalau dia tak sempat nak hidup dalam dunia sebenar, camne nak hasilkan penulisan yang bes... oh, mungkin dia cuma perlu amek je apa-apa yang menarik kat internet, pastu tulis balik dalam bahasa yang pembaca-pembaca dia paham.

hiduplah dengan menarik, nanti benda yang ditulis pun insyaAllah menarik. buat benda yang orang tak buat, pergi tempat yang ramai orang takkan sampai. untuk setiap blog yang aku follow, aku baca semua entri, tak terlepas satu pun. tapi bila cerita pasal benda yang biasa-biasa je, aku baca laju-laju sebab rasa tak berbaloi dgn masa aku, baik lagi aku pergi berlakon jadi power rangers putih melawan pikachu.


Tuesday, May 31, 2011

sila hormati keputusan saya..: )



silalah menyokong saya..oke semua??  * mcm masuk AF lak aku rase*

haha..nope ah..i hope..semua org silelah menyokong saya n menghormati keputusan my family n i dah buat..sesungguhnye..tak ada yang lagi baik dari memilih jalan ke arah nie..sesungguhnye Allah swt dah tetapkan semua ini dari azali lagi..



dengan itu..saya dengan penuh berharap..agar tak timbul lagi spekulasi perihal saya memilih jalan memasuki ke form six..

so far..i enjoy the class..only have less 20 students in my class..so,no prob to focus on stdy lah (nak2 pulak dpt sit depan..terbaik ! )..means..no reasons if get poiter bawah 3.25..hehe..memang lah susah..sebab tak belaja..ini dah mula belajar..everything will be ok..insyaallah..so..keep supporting me oke guys ?!




p\s : meaningless holidays..a lot of work kene buat..sabarlah..susah susah sekarang..bersenang-senang kemudian..Cikgu Deanna ! amin ! insyaallah..  : )

Monday, May 30, 2011

aku hidup lagi !



: : kawan aku kata  : dean < < nama adk kuh inie.. (short from my name deanna..tbe2 die sesat pnggil aku lagi nu....)..kaw memang suke mencapap yg kite nie budak stpm kan.hahahah  : :





hello ! hello !
eh2..silap
assalamualaikum semua-semua..
sihat dok ??

actually..a few days nie nak cakap busy.. maybe lah..
dibebani dengan alot of works yg memerlukan diriku yang pemalas nie mengorbankan masa yang dulunya hampir 24hours time bersenang-lenang..

but..nevermnd lah..
bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian..

oh ya !
im still alive oke! tak bermakana belog ini sdh lame tak di-updated..
tuannye sudah 'hilang'..tuannye ada..cuma masa kene korban lah..
belog num 2..kerjaya coming first ok !




: : hari-hari mengadap benda yg sama..haiyeee ! sabar je lah..demi cita2 ku akan ku redah segalanye..hahaha : :









: : motif ini gambar : aku nk show..banyak2 buku yg aku beli..buku nie ah paling + bapok ah mahal..but my dad said..nevermind..nak apa papa bagi..but..study hard..  oleh itu..dgn penuh rase 'bangga'..i want to say.. 'i lope u' geografi-stpm-alm sekitar manusia - geografi fizikal manyak2..even..kepala aku tbe-tbe jadik mengong bile bace each word dlm buku nie..TERBAIK !menguji tahap bahasa kue ini : :






mision 2011 till 2012  - F to the O to the U to the R to the F to the L to the A to the T...FOUR FLAT ! yeihhh..hopefully..kalau xdpt 4flat pun..dpt 3..25 ke atas..kire oke argh..dr tak ade kan..



so..everbody..lets pray for me..biar dpt 4flat..then jadik cikgu deanna..insyaallah..then..aku gerenti if kaw anta ank korang kat aku..comfrm straight A dioerg dapat..hahahah




bubye !

Wednesday, May 25, 2011

dalam kenangan..



DALAM KENANGAN..

korang-korang...

kenapa cepat sangat korang pergi ??

baru 3minggu kite bersame ..

tengok2 korang pergi dulu...

korang tahu x..bertapa sedihnye aku ??

korang kata n janji nak kite same2 selalu ( mcm belangkas 2 )..

tapi..aleh2 korang pergi dulu..









: : minah nie selalu perasann.kate org kuat mkn..padahal ang yang kuat melantak..: :




: : 2010..  :  :


nanti xdek org dah nak marah :


' deanna..ce kau stop mengunyah n makan..bosan aku tengok..makan berpalih banyaknye..tapi badan kering jugek..'  < < < aku xterase pn korang ckp cm 2..sebab aku taw korang dengki..hahaha




' deanna ! ce duduk diam-diam sikit..eee..sakit mate aku tengok kaw dok jalan sane sini...cam PM pun ade aku nengok..duduk diam2 sane !  '




just want to say.. i miss both of u..


.
.
.
.
.

.
.
..
.
.
.
.
.
.



pergilah anda ke POLITEKNIK sane..hahaha..org dah kate jgn g..nak g sangat..dah EN FAUZI tacing tadi..hahahha..anyway..dekat mana pun korang study.semuanye same..yg berbeza niat masing2..



kate2 terakhir sebelum lepaskn dieorg pergi..


' aku diploma setahun..korang 3tahun..nt aku dah buat ijazah..korang baru buat dip..aku dah jadik cikgu nt..kaworg baru nk crik keje...haahahah..lembab mcm siput ah korng nie..hahah..aku mg selalu kehadapan..hahah.. '   << ayt cover nak nages sebonornye..














p \ s : xdapat updated belog selalu..mase yg ade sangat2 sedikit..sudah start kembali belaja n bergelar pelajar

Monday, May 23, 2011

saya perempuan gatal !

in a relationship with > 






enganged to > 




married to






nak dengan orang yang same...






amiin...amin..amin..





hehehe ^_^..








ee ! gatalnye saye..hahah ! just want to said..alhamdullialh ! sebab ape ? biarlah rasie..haha


21. 5 . 2011.. < < < tetbe je jatuh hati sama itu date..


doakan segalanye berjalan dengan lancar n dipermudahkan segala urusan..


bak kata ecah : biar jauh dimata..tapi dekat di hati..hahaha..tetibe je..








: :  dalam proses nk mengemukkan badan..haiyeeee :  :







p \ s : semalam..for the firts time..study sampi jam 2pgi..sebab ade org nk teman..ok lah..haha..kalau x..xdek nye..arikato !

Saturday, May 21, 2011

Al-fatihah | yang hidup pasti akan pergi jua..



AL-FATIHAH !



menititis air mata talkala tengok news about kejadian tanah runtuh yg berlaku dekat selangor  at rumah anak2 yatim..



Ya Allah..bertapa besarnya kuasaMu..






sesunggunya..yang MENCIPTA akan tarik nyawa umatNya dimana-mana sahaja n dalam apa jua kondisi..

( waktu kejadian nie terjadi..anak2 yatim tengah berlatih nasyid..)

sungguh terharu , sebak dan sedih melihat kondusi rumah anak2 yatim nie..




tak tertanggung sakit..jikalau aku yang melihat nie terase sakitnye..apatah lagi adik yang sedang menanggung penderitaan ini..menanggung kesakitan ini...



ya Allah.Kau permudahkanlah urusan pencarian mangsa2 tanah runtuh yg masih belum ditemui talkala ini..

YA ALLAH..Kau tabahkanlah hati adik-adik ini menghadapi n mengharungi cubaan Mu ini Ya Allah..sesungguhnya mereka masih tidak mengerti apa-apa..




YA ALLAH..kau permudahkanlah urusan pengkebumian mangsa2 ini..KAU tempatkanlah merekadi kalangan org2 yang beriman..




TAKZIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA AHLI KELUARGA HAKIM ATAU LEBIH DIKENALI AS BLOGGER TELUR DIBASUH YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH KHAMIS LALU..SEMOGA ARWAH DTEMPATKAN DALAM KALANGAN ORANG2 BERIMAN..AMIN !




AL-FATIHAH..





sesungguhnya yang hidup pasti akan pergu jua..bersedilah..kerna dimana-mana sahaja nyawa kite boleh ditarik tak kira dgn cara bagaimanapun..


p \  s  : teringat pada arwah WAN yg telah pergi meninggalkan kami beberapa tahun yg lepas..terfikir..andaikata aku 'tak ada' nanti..siapakah yg akan manage belog nie??ape jadi pade belog nie??

Friday, May 20, 2011

WARNING : dilarang baca !


beradu mengadu aku rindu.
makan bersudu tak cukup garfu.
tapi perut tak tepu2.
bukan nak merapu cuma nak bagitahu.

mengadap buku aku lesu.
penat terpaku berdiri macam batu.
nak beradu jadi berudu.
guling2 tetap macam tu.
last2 aku termangu-mangu.

pusing2 aku tetap kat situ.
atas katil dengar lagu.
busan2 aku lak y berlagu.
haru biru kelabu ungu.
padan lah muka kamu.
lain kali byk2 la merapu.
mcm kerapu bukan penyapu.





p\s : hari ke 2..aku dok bace pasal TAMADUN DUNIA..damn ! satu bende pun xmasuk..la masuk pun bnde2 xpenting..time aku buat entry nie.time aku tgh frust..hikhik.. tajuk pun bngong je !

kehidupan baru...



tak ada perkataan nak mengambarkan perasaan saya ketika ini ..


sedih kah ??

kecewakahh ??

gembirakah ??


im not sure..but..kehidupan sudah 360 darjah berubah..


dulu mengadap lappy 48 hours..tak tidor pun tk pe..


sekarang..kene mengadap buku lapanpuluhlapanjam..huh !


kalau buku 100 muke surat xpe ah..nie sampai seribu lebih pages..ohmgeeeeeeee !!!!!!




each subjek got 4 chapter..

example :

pengajiam am   :   1 - laras sains
                            2 - laras sastera
                            3- laras kewarnageraan
                            4 - pengetahuan kewarganeraan



semua tuh..buku yang berbeza n exam paper yang berasing..


^

^

^

ini subjek yg buatkan aku giler sebentar..arghh !








MUET.. enjoy the class.. : )








bahasa malaysia..sebab aku nk jadik CIKGU bm..so aku ameklah BM..tak tahulah ghone rupenye subjek nie ..







GEOGRAFI..masih pening2 lalat..






sejarah..ini subjek...adoy ! waa  sama lu.subjek nie .membunuh waa..got 2paper..aku rase adelah dlm 1thn nie kene bace more 1000 pages..arghh !






so..anda semua silalah faham sekiranya belog ini dah berhabuk + bersawang sb lame xupdated..kehidupan sudah berubah..

Wednesday, May 18, 2011

usaha tangga kejayaan




tugasan pertama hari nie..damn ! sangat2 SENANG,,SENANG sangat2..aku SUKE..SUKE gile..SUKE SANGAT2..

arghh !ketension-an melande..kene hafal 9 topic in 2days..each topic ade tajuk-tajuk kecil..all about FACT..dh xreti nak short kan mcm mana..kat kelas tadi baru bace 1 helai pun dah sakit kepale..arghh !

tadi..OUR first prensentation..about kesan n asbab kejadian jerebu for pengajian am..haha..kelakar pun ade..masing2 gementar..padahal prensent depan 2cikgu je n a few students je kot..gementar die cm nak pergi akd nikah.hah ! what the funny..


  P \ s : pagi tadi..ade someone kol me 'CIKGU SYAQIEZA ! '..amin..amin..silalah panggil macam tu lagi..i suke..hehe..harap2 jadik kenyataan.






ade muke n gaya seorang gurukah ? amin !




Tuesday, May 17, 2011

sambutan hari guru terbaik di Malaysia !





semalam hari gurukan?so, aku nak wish hpi teachers day dekat ckgu2 aku..nak mention name banyak ngt,,almaklumlah aku nie kan perantau.so..happy teachers day cikgu !

semalam jugak ada banyak aktiviti dekat my school..aku xnak mention lebeh-lebeh ade akiviti ape..korang tengok ah gambar nie...hari guru yang ter-best kat malaysia..yeihhh  < aku iktirafkan sendirik ok..so what ? !



jam 8-9.30pagi..

berkumpul dekat tapak perhimpunan..dengar perutusan dari sape2 entah..sumpah ! bosan..aku boleh main cakap2 lagi dengn budak upper 6..and..ade kejutan..





cikgu yie....mengetuai pembacaan ikrar hari guru...




ahli-ahli MPP yang terlibat dalam slot perhimpunan..



sesi potong kek ! nie kejutan yg aku maksudkan..kek yang budak2 dari pendidikan khas buat..cikgu2 ramai terkejut ..sedap weyh ! negok pun dh teliur..







majlis penyampaian hadiah untuk pertandigan yg dianjurkan before 16 mei..yeii ! credit 2 cikgu yie sebab kalah dlm game badminton..huhu !




jam 9.30 pg -10 pg

- jamuan untuk para guru..di manage oleh para pengwas n president..




lapa weyh aku negok cikgu makan..



jam 10.15 pagi..

-majlis fotografi..di-manage oleh ahli MPP bahagian fotografi..( diketuai oleh senior desmond )





para pendidik SMKM 2011..jasamu dikenang..





cikgu yang sporting n gila2 habis..terbaik !!!!


jam 10.30 - 11.30pg

sukaneka untuk para guru..di-manage sepenuhnye olah pelajar form 6






botol susu adik sape yg kene kebas nie..hahah



cikgu rosdi.guru kelas ku..muka perit sebb kene pakse minum air ape hentah..






jam 12- 2.00

persembahan pelajar...terbaik !





MC




from upper 6 student..aku xtahu persembahan ape nie..sebb time nie aku membawa diri ke dlm kelas..study ah konon..hahahha




upper 6 student..sing lagu kenangan terindah..yelah..org dah nak habes sekolah kan..huhu..anyway..congrate ! sedap..hehe





acara senam-robik..



cikgu2 pun enjoy..cikgu bersenan kat atas..kiteorg selok ketawe kat bawah..hahaha..kelaka..im sori cikgu..hehe






badut datang !!! hahah..persembahan from upper 6 student




serius ! kelakar..aku sampi terduduk-duduk ketawe..hahaha




auwwwwwwwwwww  !





the best perfomance yesterday..cikgu2 semua enjoy..trimas abg2 senior !






tarian india..enjoy it..




terbaik..! group ni bercita-cita nak masuk showcase showdown..hehe.i enjoy it.. : )






persembahan dari badan pengawas..sori ye adik2 ku..akk xtaw korang belakon hapeh sebab akk sbok makan dekat belakang stage..heheh.. : )..anyway..gud job even xtahu korang buat ape..


banyak lagiperfomance semalam..xsempt negok n snap.. sb aku buat keje lain semalam.hehe..org celebrated hri guru aku stay kelas..study ah konon..kononnye..ahahahah





p \s : aku memang suke melarikan diri bile ade aktiviti kat sekolah..hehe..bile org panggilbaru aku gedik-gedik turun n jalankan  tuges.hehe..   <<< aku memang suke curik tulang..lalala