Followers

Showing posts with label spontan. Show all posts
Showing posts with label spontan. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

dilema setiap pasangan


lelaki yang dah kawen atau para boyfriend selalu kena tujah dengan benda ni.

anniversary

bagi mereka yang suka versi bahasa kebangsaan, orang panggil ni "hari ulang tahun".

dan para wanita suka mengingatkan lelaki mereka, "jangan lupa anniversary kita tau yang, kalau u lupa, i terjun dari KB mall". nampak, biasanya cara mengingatkan yang digunakan biasanya dicucuk dengan ugutan ganas tahap super saiya.

lelaki tak reply "peringatan" ni, biasanya diam je.... mampu mengeluh dalam hati je. kang mengeluh depan-depan pasangan, macam-macam peringatan tambahan pulak dapat.

"eh, mengeluh pulak, kalau macam ni u kena bawak i makan kek secret recipe, ikea meatballs, nasi lemak antarabangsa masa anniversary kita. kalau u lupa jugak, i post video kat youtube masa i nak terjun KB mall...!!"

ramai akan cakap, ada banyak lagi hari patut diingati selain dari anniversary ni. contoh-contoh adalah seperti berikut:

hari kanser lutut sedunia  * ada ke ?*
hari yang ada earth hour tu
hari yang ada megasale  * nie wajib ingat *
hari maharaja lawak singkirkan amir

tapi aku rasa jawapan aku ni ramai akan setuju. kalau terlupa hari anniversary, aku tak heran la, benda tu bukan benda pelik. tapi adalah sangat pelik kalau ada orang lupa hari raya.
janganlah rasa anniversary tu  penting sangat, hari raya lagi penting weyh....








entri ni ditulis sambil dengar lagu ni kat youtube. serius sedap, dengar sekali rasa nak dengar lagi sejam, lepas dengar sejam, rasa comel macam kucing. even aku xsuke kuncing tahap gaban !










p \ s : enulis bdasarkan kisah benar . hahaha

Saturday, June 11, 2011

perkataan yang gedik

ini entri kutuk malah berilmu, hahahaha, andaikata tak suka atau gemar atau bahasa facebook-nya "like", boleh melarikan diri...
aku sebagai seorang yang mendakwa diri sendiri patriotik n bakal guru ( AMIN !) nak menulis pasal bahasa jugak la... aku rasa geli la bila dengar orang cakap dengan cara yang diaorang sendiri tak tau erti..kalau cikgu bahasa malaysia bace entri nie..komform A terus bg kat aku -hehe.malangnye die takkn baca-haha

benda ni aku rasa kelakar, sedih pun ada. orang malaysia kita ni kunun-kununnya nak cakap orang putih, nak ikut budaya orang putih, nak pakai krim pencerah sampai jadi putih, warna rambut tak nak plak warna putih....

disebabkan nak sangat cakap bahasa orang putih tapi tak nak belajar betul-betul, jadilah contoh-contoh ayat macam ni:

"weyh, panas la arini, abes kulit aku sunburn. dah tak putih mcm anak kangaroo baru lahir... huu...~"
untuk semua orang tahu, sunburn tu bukan fenomena kulit korang jadi gelap. kadang-kadang kulit tak perlu jadi gelap pun untuk masuk kategori kena sunburn.

sunburn tu bila kulit kena banyak sangat radiasi UV (dari matahari) sampai kulit jadi merah, sakit bila dipegang, cepat penat, dan pening kepala pusing-pusing siap ada bintang berlegar-legar atas kepala.

kalau setakat kulit jadi gelap, panggil je la skin darkening atau sun tanning. ( aku belaja subjek sains oke)!




zaman sekarang orang buat kenduri kawen makin nak grand-grand kan. suka hati korang la, duit korang kan..., aku harap takde perasaan riak dalam hati je la. tapi yang aku rasa paling kesian bila perkataan kenduri tu hilang perlahan-perlahan...

reception vs resepsi
orang melayu zaman sekarang nak pakai perkataan "resepsi", yang dicilok dari perkataan orang putih "reception".

sebenarnya perkataan ni tak salah pun, tapi orang tak paham maksud perkataan resepsi.

resepsi adalah majlis jamuan yang dibuat untuk berterimakasih kepada tetamu yang datang kat majlis nikah kat gereja tu. alaa...yg orang putih cakap " i do " tu la....

tapi dalam konsep majls perkahwinan orang melayu, kenduri kahwin dibuat untuk jumlah yang sangat ramai, sekitar seribu orang. reception orang putih lebih kurang 100 je...
dan nak datang kenduri, tak perlu nak datang majlis nikah pun..
jadi perkataan resepsi tu sesuai untuk siapa-siapa yang hanya menjemput orang-orang yang hadir majlis nikah je. bukan takde kat malaysia macam ni, tapi aku rasa orang melayu tak buat macam ni la...

( aku lambat lagi maw kawen .. )
itik, memerang, platipus, biawak komodo, naga "dragon ball", badak sumbu

"if itik kahwin dengan memerang, jadi la platipus, unless itik kahwin dengan biawak komodo, so jadi naga macam dalam komik dragon ball. lagi better if itik kahwin dengan badak sumbu, aku nak sangat tengok badak sumbu ada sayap boleh terbang...."
ni cubaan untuk cakap english, awal ayat ada la bunyi macam orang putih, lepas tu melayu balik.... haish, tak elok la macam ni. tak salah pun nak cakap bahasa inggeris ke bahasa apa, tapi cuba la cakap penuh-penuh ye...

( aku pun selalu cakap bahasa rojak time MUET . but who care? haha )


haha, perkataan "cilok" rupanya dah masuk kamus dewan bahasa, aku baru tahu...








Thursday, June 9, 2011

tidak sebergitu sukar wahai lelaki gatal !

ya, andalah lelaki gatal yang dimaksudkan. anda mahu perhatian dan keperkasaan dalam menarik minat segenap perempuan di dunia ini. ke marilah engkau agar dapatlah aku menurunkan ilmuku yang secubit garam ini.

>>langkah yang paling awal dari segala keawalan, ketahui apa yang digemari kebanyakan perempuan.

jawapan : coklat, aku maksudkan bahan cemilan-cemilan dari buah koko itulah.

>> apa perlu diberi seluruh perempuan .adkah  seketul coklat?

jawapan : oh tidak....itu terlalu mahal dan nampak menjengkelkan bukan. anda (para lelaki gatal) cuma perlu mencipta semburan nyah bau (bukan nyah = mak nyah, tapi deodourant) berperisa coklat dan pastikan baunya sangat coklat.

>>apakah neraka (what the hell) ??

jawapan lebar panjang : bila anda berbau sepertinya coklat, anda akan kelihatan di mata perempuan seperti seorang lelaki tersenyum lebar panjang yang dicipta dari coklat, berjalan seorang diri dengan mata bulat-bulat.



macam ini !






segenap masyarakat perempuan yang berada berdekatan dgn  anda akn menghendakkan anda, bayangkan nafsu perempuan terhadap coklat, begitulah nafsu mereka terhadap anda. bayangkan anda sedang berjalan di jalan Tun Abdul Rahman, tiba-tiba anda dikejar kaum perempuan, diterkam, diterjah, diratah serakus-rakusnya.tanpa sebab yang anda tak ketahui.

^
^
( saya dah start merepek )





CROP

fenomena ini akan membasmi kegiatan ragut beg tangan, kerana yang akan ada hanya kegiatan ragut tangan.




p / s :  dikarang dengan penuh mutu keunggulan talkala otak dalam kondusi yang blur mahu mengarang esei berteraskan FAKTA sebanyak 48 ques bersamaan dgn 9 question.Due date hari isnin nie.tapi haran siapnyee..

tahap tertinggi





berikut merupakan senarai pendek hobi-hobi terbaharu aku sehingga tarikh 09 june 2011 . hihi





=naik dan turun tangga berkali-kali dan berjalan tanpa hala tuju dan matlamat yang jelas di dalam rumah sendiri.


=menatap skrin komputer sambil menganalisa permainan Facebook Restaurant City selama berjam-jam sepertimana mengarang esei dan mencarik jawapan dan fakta yang tepat untuk subjek sejarah-stpm-tamadun dunia sebanyak 48muka surat 


=menonton rancangan Wonderpets versi bahasa Melayu di youtube dan turut menyanyikan lagu-lagu yang terdapat di dalam rancangan itu beriringan bersama Linny, Tuck dan Ming-Ming juga. ~Wonderpets datang membantu.....~(sila sambung wahai pembaca)


=mengganggu hidup adik aku sepanjang cuti sekolah ini , bila hidupnya aman damai dengan hanya menatap desktop dirumah selama lapanpuluhlapansaat .


=menyidai atau menjemur kain setiap hari bagai seorang anak yang baik.kalau rajin lagi pergi ke dapur and memasak . 


=menjerit-jerit seperti orang kurang siuman meminta adik aku kedai untuk mebeli tambah nilai celcom .tapi akhirnya..adik aku but dunno je..





kepada para pembaca yang tidak kenal Wonderpets, gambar di atas memaparkan (dari kiri) Tuck, Linny dan Ming-Ming. maaf kerana itu sahaja gambar untuk kemasukan kali ini, kerana diriku dilanda tahap kemalasan yang melampau-lampau untuk meng-serach di google .







Sunday, June 5, 2011

harga kau sorang cuma RM34,10 je derrr..




haha, tu harga seorang manusia la kot. kalau diskaun 20 % sebab megasale, jadi RM 27.28

rajin plak aku tekan kalkulator casio fx-570MS nak cari harga lepas diskaun tu. aku tak lupa jasa kalkulator standard spm ni, blaja kat sini pun guna kalkulator tu jugak.

aku bukan nak letak harga kat manusia atau sape-sape. aku cuma nak cakap, camne aku hargai seorang penulis blog ( orang KL panggil blogger ). ni pasal penulis blog tau, bukan pasal blog dia. kalau ada pasal blog pun, sket2 je...







seorang penulis blog tu berharga bila dia hidup tak bertumpukan kat blog. aku rasa orang yang tumpukan hidup kat blog, tak sempat nak buat benda lain dalam hidup. jadi kalau dia tak sempat nak hidup dalam dunia sebenar, camne nak hasilkan penulisan yang bes... oh, mungkin dia cuma perlu amek je apa-apa yang menarik kat internet, pastu tulis balik dalam bahasa yang pembaca-pembaca dia paham.

hiduplah dengan menarik, nanti benda yang ditulis pun insyaAllah menarik. buat benda yang orang tak buat, pergi tempat yang ramai orang takkan sampai. untuk setiap blog yang aku follow, aku baca semua entri, tak terlepas satu pun. tapi bila cerita pasal benda yang biasa-biasa je, aku baca laju-laju sebab rasa tak berbaloi dgn masa aku, baik lagi aku pergi berlakon jadi power rangers putih melawan pikachu.


Tuesday, May 31, 2011

sila hormati keputusan saya..: )



silalah menyokong saya..oke semua??  * mcm masuk AF lak aku rase*

haha..nope ah..i hope..semua org silelah menyokong saya n menghormati keputusan my family n i dah buat..sesungguhnye..tak ada yang lagi baik dari memilih jalan ke arah nie..sesungguhnye Allah swt dah tetapkan semua ini dari azali lagi..



dengan itu..saya dengan penuh berharap..agar tak timbul lagi spekulasi perihal saya memilih jalan memasuki ke form six..

so far..i enjoy the class..only have less 20 students in my class..so,no prob to focus on stdy lah (nak2 pulak dpt sit depan..terbaik ! )..means..no reasons if get poiter bawah 3.25..hehe..memang lah susah..sebab tak belaja..ini dah mula belajar..everything will be ok..insyaallah..so..keep supporting me oke guys ?!




p\s : meaningless holidays..a lot of work kene buat..sabarlah..susah susah sekarang..bersenang-senang kemudian..Cikgu Deanna ! amin ! insyaallah..  : )

Monday, May 23, 2011

saya perempuan gatal !

in a relationship with > 






enganged to > 




married to






nak dengan orang yang same...






amiin...amin..amin..





hehehe ^_^..








ee ! gatalnye saye..hahah ! just want to said..alhamdullialh ! sebab ape ? biarlah rasie..haha


21. 5 . 2011.. < < < tetbe je jatuh hati sama itu date..


doakan segalanye berjalan dengan lancar n dipermudahkan segala urusan..


bak kata ecah : biar jauh dimata..tapi dekat di hati..hahaha..tetibe je..








: :  dalam proses nk mengemukkan badan..haiyeeee :  :







p \ s : semalam..for the firts time..study sampi jam 2pgi..sebab ade org nk teman..ok lah..haha..kalau x..xdek nye..arikato !

Friday, May 20, 2011

WARNING : dilarang baca !


beradu mengadu aku rindu.
makan bersudu tak cukup garfu.
tapi perut tak tepu2.
bukan nak merapu cuma nak bagitahu.

mengadap buku aku lesu.
penat terpaku berdiri macam batu.
nak beradu jadi berudu.
guling2 tetap macam tu.
last2 aku termangu-mangu.

pusing2 aku tetap kat situ.
atas katil dengar lagu.
busan2 aku lak y berlagu.
haru biru kelabu ungu.
padan lah muka kamu.
lain kali byk2 la merapu.
mcm kerapu bukan penyapu.





p\s : hari ke 2..aku dok bace pasal TAMADUN DUNIA..damn ! satu bende pun xmasuk..la masuk pun bnde2 xpenting..time aku buat entry nie.time aku tgh frust..hikhik.. tajuk pun bngong je !

Friday, May 6, 2011

lets talks SEX (18SX)





Do you laugh when you hear the word penis?
erk. terkeduq... hahahahaha.


Do you watch porn?
Hahaha.. tipu la kalau kata xpernah.. tp dah lame la kowt..
zaman curiosity memuncak dulu


What do you think about sex?
Not to do before marriage.. kita sebagai perempuan
yang rugi.. Lelaki tak luak pon


How often do you think about sex?
Tak kahwin lagi. sooo. buat ape nak pikir?


What do you think about virgins?
honestly, virginity bagi aku penting la jgk. Its like your only pride.
But aku tgk skrg ni byk yg amik benda ni sambil lewa.
hurm. lantak drg la.


Who will you tag next?
My sis ofcuz sbb dia yang paling kerap tagged aku..
and sesiapa yg terasa nak rating blog dia tinggi la..




p/s : buat entri berkenaan sex mmg ramai tertarik nak baca..
xcaye cube buat *wink*