Followers

Sunday, May 15, 2011

surat cinta untuk kekasih hatiku.. : )


mereka kata merah itu cinta.
tapi bila hadirnya kamu dalam hidupku..semua warna adalah cinta.

mereka kata cinta itu buta.
tapi bila kamu ada disisiku,tak pernah sedetik pun ku terasa gelap atau buta mahupun rabun.

orang kata cinta itu bermakna melepaskan dia pergi.
tapi kamu mengajar aku yang cinta itu adalah perjuangkan,pertahankan apa yang kita miliki.

orang kata cinta itu tak bermaksud memiliki.
tapi kamu mengajar aku yang cinta itu sendiri bermaksud memiliki. memiliki hati,perasaan,ingatan dan kenangan.

ada yang menganggap,cinta itu sentiasa memberi.
tapi bila aku bersamamu..terasa cinta itu adalah menerima. tidak terasa sedikit pun bebanan memberi kerana terlalu banyak yang kamu bagi,hinggakan terasa terlalu sikit aku memberi.

ada yang menganggap,cinta itu bermakna mengasihi.
tapi bila aku mengenalimu..aku belajar yang cinta itu juga bermaksud dikasihi. kerana tiada sesaat pun dimana aku tidak dikasihi,disayangi,dimanja,dan dilindungi.

kamu..kamu tahu siapa kamu. bagiku,kamu adalah kebahagian. kamu adalah senyuman. kamulah sinar.

2 comments:

adan said...

wah.. so sweet la tuan blog ni.. semoga hubungan korang berkekalan er.. ^_^

Deanna Syaqieza said...

adan : hubungan ??hahah..bf pun xdek..hahaha !