Followers

Saturday, June 18, 2011

dilema setiap pasangan


lelaki yang dah kawen atau para boyfriend selalu kena tujah dengan benda ni.

anniversary

bagi mereka yang suka versi bahasa kebangsaan, orang panggil ni "hari ulang tahun".

dan para wanita suka mengingatkan lelaki mereka, "jangan lupa anniversary kita tau yang, kalau u lupa, i terjun dari KB mall". nampak, biasanya cara mengingatkan yang digunakan biasanya dicucuk dengan ugutan ganas tahap super saiya.

lelaki tak reply "peringatan" ni, biasanya diam je.... mampu mengeluh dalam hati je. kang mengeluh depan-depan pasangan, macam-macam peringatan tambahan pulak dapat.

"eh, mengeluh pulak, kalau macam ni u kena bawak i makan kek secret recipe, ikea meatballs, nasi lemak antarabangsa masa anniversary kita. kalau u lupa jugak, i post video kat youtube masa i nak terjun KB mall...!!"

ramai akan cakap, ada banyak lagi hari patut diingati selain dari anniversary ni. contoh-contoh adalah seperti berikut:

hari kanser lutut sedunia  * ada ke ?*
hari yang ada earth hour tu
hari yang ada megasale  * nie wajib ingat *
hari maharaja lawak singkirkan amir

tapi aku rasa jawapan aku ni ramai akan setuju. kalau terlupa hari anniversary, aku tak heran la, benda tu bukan benda pelik. tapi adalah sangat pelik kalau ada orang lupa hari raya.
janganlah rasa anniversary tu  penting sangat, hari raya lagi penting weyh....








entri ni ditulis sambil dengar lagu ni kat youtube. serius sedap, dengar sekali rasa nak dengar lagi sejam, lepas dengar sejam, rasa comel macam kucing. even aku xsuke kuncing tahap gaban !










p \ s : enulis bdasarkan kisah benar . hahaha

Monday, June 13, 2011

apa perasaan anda bile ada test mengejut ?


saya sangat2 SUKE sampai melompat-lompat mcm org gila when know ada test mengejut esok . SERONOK sangat .

dear pihak-pihak berkenaan :

len kali . silalh buat mcm tu lagi . dahlah assigment sekali bagi . macam nak buat PHD . 

anyway . i will do my best untuk test esok even preperation pun mcm-mcm 2 je kan . kalau lulus alhamdulillah . kalau tak  . i will KICK u org atasan ( sapa suruh buat test mengejut ).




sengsara mengadap buku .sampai demam -demam (penangan quick test ) . Btw . sedikit lege sebab assigment untuk cuti hari tu da hantar on the date even xlah selengkap mana . wish me luck tomorrow !

Saturday, June 11, 2011

perkataan yang gedik

ini entri kutuk malah berilmu, hahahaha, andaikata tak suka atau gemar atau bahasa facebook-nya "like", boleh melarikan diri...
aku sebagai seorang yang mendakwa diri sendiri patriotik n bakal guru ( AMIN !) nak menulis pasal bahasa jugak la... aku rasa geli la bila dengar orang cakap dengan cara yang diaorang sendiri tak tau erti..kalau cikgu bahasa malaysia bace entri nie..komform A terus bg kat aku -hehe.malangnye die takkn baca-haha

benda ni aku rasa kelakar, sedih pun ada. orang malaysia kita ni kunun-kununnya nak cakap orang putih, nak ikut budaya orang putih, nak pakai krim pencerah sampai jadi putih, warna rambut tak nak plak warna putih....

disebabkan nak sangat cakap bahasa orang putih tapi tak nak belajar betul-betul, jadilah contoh-contoh ayat macam ni:

"weyh, panas la arini, abes kulit aku sunburn. dah tak putih mcm anak kangaroo baru lahir... huu...~"
untuk semua orang tahu, sunburn tu bukan fenomena kulit korang jadi gelap. kadang-kadang kulit tak perlu jadi gelap pun untuk masuk kategori kena sunburn.

sunburn tu bila kulit kena banyak sangat radiasi UV (dari matahari) sampai kulit jadi merah, sakit bila dipegang, cepat penat, dan pening kepala pusing-pusing siap ada bintang berlegar-legar atas kepala.

kalau setakat kulit jadi gelap, panggil je la skin darkening atau sun tanning. ( aku belaja subjek sains oke)!




zaman sekarang orang buat kenduri kawen makin nak grand-grand kan. suka hati korang la, duit korang kan..., aku harap takde perasaan riak dalam hati je la. tapi yang aku rasa paling kesian bila perkataan kenduri tu hilang perlahan-perlahan...

reception vs resepsi
orang melayu zaman sekarang nak pakai perkataan "resepsi", yang dicilok dari perkataan orang putih "reception".

sebenarnya perkataan ni tak salah pun, tapi orang tak paham maksud perkataan resepsi.

resepsi adalah majlis jamuan yang dibuat untuk berterimakasih kepada tetamu yang datang kat majlis nikah kat gereja tu. alaa...yg orang putih cakap " i do " tu la....

tapi dalam konsep majls perkahwinan orang melayu, kenduri kahwin dibuat untuk jumlah yang sangat ramai, sekitar seribu orang. reception orang putih lebih kurang 100 je...
dan nak datang kenduri, tak perlu nak datang majlis nikah pun..
jadi perkataan resepsi tu sesuai untuk siapa-siapa yang hanya menjemput orang-orang yang hadir majlis nikah je. bukan takde kat malaysia macam ni, tapi aku rasa orang melayu tak buat macam ni la...

( aku lambat lagi maw kawen .. )
itik, memerang, platipus, biawak komodo, naga "dragon ball", badak sumbu

"if itik kahwin dengan memerang, jadi la platipus, unless itik kahwin dengan biawak komodo, so jadi naga macam dalam komik dragon ball. lagi better if itik kahwin dengan badak sumbu, aku nak sangat tengok badak sumbu ada sayap boleh terbang...."
ni cubaan untuk cakap english, awal ayat ada la bunyi macam orang putih, lepas tu melayu balik.... haish, tak elok la macam ni. tak salah pun nak cakap bahasa inggeris ke bahasa apa, tapi cuba la cakap penuh-penuh ye...

( aku pun selalu cakap bahasa rojak time MUET . but who care? haha )


haha, perkataan "cilok" rupanya dah masuk kamus dewan bahasa, aku baru tahu...








Friday, June 10, 2011

TANPAMU ..





every night..before sleep..mesti dengar lagu nie..i love it so much.: )

Thursday, June 9, 2011

tidak sebergitu sukar wahai lelaki gatal !

ya, andalah lelaki gatal yang dimaksudkan. anda mahu perhatian dan keperkasaan dalam menarik minat segenap perempuan di dunia ini. ke marilah engkau agar dapatlah aku menurunkan ilmuku yang secubit garam ini.

>>langkah yang paling awal dari segala keawalan, ketahui apa yang digemari kebanyakan perempuan.

jawapan : coklat, aku maksudkan bahan cemilan-cemilan dari buah koko itulah.

>> apa perlu diberi seluruh perempuan .adkah  seketul coklat?

jawapan : oh tidak....itu terlalu mahal dan nampak menjengkelkan bukan. anda (para lelaki gatal) cuma perlu mencipta semburan nyah bau (bukan nyah = mak nyah, tapi deodourant) berperisa coklat dan pastikan baunya sangat coklat.

>>apakah neraka (what the hell) ??

jawapan lebar panjang : bila anda berbau sepertinya coklat, anda akan kelihatan di mata perempuan seperti seorang lelaki tersenyum lebar panjang yang dicipta dari coklat, berjalan seorang diri dengan mata bulat-bulat.



macam ini !






segenap masyarakat perempuan yang berada berdekatan dgn  anda akn menghendakkan anda, bayangkan nafsu perempuan terhadap coklat, begitulah nafsu mereka terhadap anda. bayangkan anda sedang berjalan di jalan Tun Abdul Rahman, tiba-tiba anda dikejar kaum perempuan, diterkam, diterjah, diratah serakus-rakusnya.tanpa sebab yang anda tak ketahui.

^
^
( saya dah start merepek )





CROP

fenomena ini akan membasmi kegiatan ragut beg tangan, kerana yang akan ada hanya kegiatan ragut tangan.




p / s :  dikarang dengan penuh mutu keunggulan talkala otak dalam kondusi yang blur mahu mengarang esei berteraskan FAKTA sebanyak 48 ques bersamaan dgn 9 question.Due date hari isnin nie.tapi haran siapnyee..